entah kenapa perasaan aku ini
makin dibiar makin celaru pemikiran aku
segala benda ada saja yang tak kena
ada saja hasutan syaitan yang didengari
kadang2 aku cemburu melihat mereka
mereka yang sedang bahagia
perempuan2 yang dilayan sebagaimana patut
huh! aku hanya mampu melihat
tatkala aku terfikir
kenapa? mengapa aku tidak seperti mereka
hampa sedih semua ada bercampur baur
berlinang air mata memikirkan nasib
orang memandang aku bahagia
kerana aku memperlihatkan mereka senyuman palsuku
orang fikir aku tidak pernah derita
kerana perwatakan aku yang ceria
dari mana datangnya bahagia
jika kita tidak pernah rasa derita
dari mana akan datangnya derita
jika kita tidak kejar bahagia
rindu, sepi, derita, sakit, menangis semua itu akan menemui bahagia
secebis kesabaran perlu ada
selaut ke'egoan perlu dikorbankan
jangan ditanya kenapa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan